UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Carian mengenai topik Menteri Sumber Manusia

Dapatkan berita terkini mengenai Menteri Sumber Manusia dari Astro Awani

Lebih 75 ribu OKU dapat pekerjaan lebih baik

Lebih 75 ribu OKU dapat pekerjaan lebih baik

Seramai 75,566 orang kurang upaya (OKU) telah mendapat pekerjaan yang lebih baik setelah menerima latihan di bawah Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ia merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memperkasa golongan tersebut.
Mon Mar 03 2025
Lebih 2,100 pelajar OKU terima SKM sejak 2020 - Abdul Rahman

Lebih 2,100 pelajar OKU terima SKM sejak 2020 - Abdul Rahman

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad memberitahu Parlimen Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah memberi Pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada OKU mulai tahun 2020 sehingga 2024, seramai 1,724 pelatih OKU telah mendaftar dan lebih 2,100 pelatih telah berjaya dipersijilkan.

"KESUMA melalui Jabatan Tenaga Manusia telah melatih pelajar-pelajar golongan OKU dan menyediakan bantuan elaun sebanyak RM300 sebulan serta pengecualian yuran pengajian," kata Abdul Rahman.

Jelasnya sejak tahun 2020 sehingga 2024, sejumlah 245 orang pelajar OKU pelbagai kategori telah dilatih di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dalam bidang seperti teknologi reka bentuk grafik dan teknologi elektronik.
Mon Mar 03 2025
70,566 OKU pencari kerja, berjaya ditempatkan - Abdul Rahman

70,566 OKU pencari kerja, berjaya ditempatkan - Abdul Rahman

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad memberitahu Parlimen antara strategi untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU) mendapatkan akses kepada pekerjaan dengan pelaksanaan program Return to Work iaitu program pengurusan hilang upaya, membantu pencarum yang cedera atau menghadapi penyakit untuk dipulihkan dan dikembalikan kerja lebih awal.

Sehingga 31 Disember 2024, seramai 70,566 pencari kerja OKU dan serta pekerja Return to Work telah berjaya ditempatkan pekerjaan.
Mon Mar 03 2025
11,402 permohonan diterima untuk program pakar TalentCorp

11,402 permohonan diterima untuk program pakar TalentCorp

Sehingga Disember tahun lalu, TalentCorp telah menerima 11,402 permohonan daripada profesional Malaysia di luar negara menerusi Program Kepulangan Pakar (Returning Expert Programme), menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,241 permohonan telah diluluskan, manakala 4,730 individu telah pulang untuk berkhidmat di Malaysia.
Wed Feb 26 2025
“Lebih 400,000 pelatih telah menerima pembiayaan” - Menteri Sumber Manusia

“Lebih 400,000 pelatih telah menerima pembiayaan” - Menteri Sumber Manusia

Menteri Sumber Manusia berkata sebanyak 100 juta akan digunakan untuk melatih hampir 10,000 pelajar dalam bidang pertumbuhan tinggi dan bidang nilai tinggi

“Bantuan kewangan dalam bentuk pembiayaan disediakan khusus untuk program latihan kemahiran”katanya

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Mon Feb 24 2025
PTPK sasar RM 450 juta kutipan pinjaman balik

PTPK sasar RM 450 juta kutipan pinjaman balik

Kementerian Sumber Manusia memperuntukan dana pinjaman rm 500 juta buat perbadanan tabung pembangunan kemahiran (ptpk) dijangka manfaatkan seramai 20,000 peminjam
Thu Feb 13 2025
UNI-MLC sambut baik peningkatan peruntukan PHEKS 2025

UNI-MLC sambut baik peningkatan peruntukan PHEKS 2025

Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-Malaysia Labour Centre, Uni-Mlc) menyambut baik pengumuman peningkatan peruntukan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2025 sebanyak rm10 juta oleh Menteri Sumber Manusia, Yb Steven Sim Chee Keong.

Presidennya, datuk mohamed shafie bp mammal dalam satu kenyataan berkata langkah ini dilihat sebagai usaha penting oleh kementerian sumber manusia (kesuma) dalam memperkasa pergerakan kesatuan sekerja di malaysia melalui pelbagai inisiatif.
Tue Jan 21 2025
KESUMA akan teliti Seksyen 60E Akta Kerja 1955 berkenaan kelayakan cuti tahunan – Abdul Rahman

KESUMA akan teliti Seksyen 60E Akta Kerja 1955 berkenaan kelayakan cuti tahunan – Abdul Rahman

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad memberitahu Parlimen bahawa Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan meneliti semula semua akta perburuhan termasuk Seksyen 60E Akta Kerja 1955 mengenai kelayakan cuti tahunan, menerusi reformasi undang-undang perburuhan.

Abdul Rahman menegaskan KESUMA komited menjaga dan melindungi kebajikan para pekerja di Malaysia.
Thu Nov 28 2024
Kerajaan setuju tangguh pembentangan pada Disember ini

Kerajaan setuju tangguh pembentangan pada Disember ini

Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia (Kesuma), Steven Sim Chee Keong dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
Fri Nov 22 2024
“Bukan sahaja memecat kita akan ambil tindakan undang-undang” -  Menteri Sumber Manusia

“Bukan sahaja memecat kita akan ambil tindakan undang-undang” - Menteri Sumber Manusia

Menteri Sumber Manusia berkata Pihak kementerian memberi kerjasama penuh kepada SPRM dan tidak akan kompromi tentang Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Thu Nov 21 2024
Cadangan perkenal skim caruman persaraan baharu perlu dikaji - KESUMA

Cadangan perkenal skim caruman persaraan baharu perlu dikaji - KESUMA

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata kajian tersebut bagi memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan mengoptimumkan penggunaan sumber.
Tue Nov 19 2024
38,950 kecederaan pekerjaan direkodkan tahun 2023

38,950 kecederaan pekerjaan direkodkan tahun 2023

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, ini menjadikan kadar kecederaan pekerjaan di Malaysia tahun ini 2.46 bagi setiap 1,000 pekerja berbanding sasaran 2.32.
Wed Nov 13 2024
Kesuma akan bawa kerangka RUU baharu berkaitan gig Disember ini

Kesuma akan bawa kerangka RUU baharu berkaitan gig Disember ini

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata kerangka itu disediakan bagi pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025.
Sat Nov 09 2024
Semua perlu laksana Februari depan, tiada pengecualian

Semua perlu laksana Februari depan, tiada pengecualian

Tiada kelonggaran atau pengecualian diberikan kepada mana-mana majikan di seluruh negara untuk melaksanakan gaji minimum bermula Februari tahun depan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, akta gaji minimum sudah ditetapkan, dan kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan majikan yang memberi alasan tidak mampu.
Sat Nov 09 2024
Sivakumar nafi terlibat dengan penemuan RM94 juta

Sivakumar nafi terlibat dengan penemuan RM94 juta

Bekas Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar menafikan beliau terlibat dengan penemuan RM94 juta seperti didakwa seorang ahli Parlimen pembangkang.
Tue Nov 05 2024